Monday, August 24, 2015

Sunday, August 23, 2015

i'm back

asssalamualaikum wbt..

kabarey? wahai blog yang lama aku tak menyinggah untuk meluahkan isi hati,
aku mohon maaf.
aku agak sibuk sebelum ini.

bermula hari ini,
aku kembali mengosongkan jadual hidup aku.

jom, aku cerita sikit pasal aku.

alhamdulillah, aku telah berjaya dalam pengajianku.
currently, i'm MBBS holder.
waiting for my placement
i hope for it to be in Kelate, because i have so many commitment here.
aku nak balas jasa mak bapak aku dahulu.
sebelum aku jadi isteri orang atau mak orang. insyaAllah.

sehari dua nie ramai batch mates aku telah menjadi milik orang lain,
berkongsi suka duka bersama teman yang halal.
namun tidak bagi ku,
aku masih lagi macam nie,
single.
tapi aku bahagia kerana ada umie di sampingku.
dan aku yakin dengan rancangan Allah.
Dia tidak lagi menghadirkan suami bagiku kerna Dia ingin aku belajar dari umieku dahulu
Dia tahu yang terbaik untukku.
insyaAllah.
aku bahagia.

kawan2ku dengan masalah cinta masing2.
aku menjadi tempat mereka meluahkan perasaan.
aku mendengar, mengambil pengajaran.
insyaAllah

sepanjang pengajianku,
aku telah kehilangan seorang sahabat,
kami terpaksa melepaskannya pergi
kerana kami tidak tertahan lagi dengan perangainya
namun, dikhabarkan dia tidak mengerti erti pelepasan ini
kami hanya mendiamkan diri, kerana dia takkan mengerti
itu adalah perangai azali beliau, kami tidak boleh mengubahnya
ada percubaan untuk memberitahu beliau, namun, reaksi beliau sudah cukup membuatkan kami faham akan ketidakbukaan hati beliau untuk menerima kesalahan beliau.
jadi kami melepaskannya pergi dengan doa
agar dia sedar yang kami melepaskan untuk kebaikannya.

cukup sudah cerita diri ini sepanjang pemergianku dari blog ini.

insyaAllah, bakal di hapdate lagi status seterusnya.. insyaAllah..



indah ciptaanNya


p/s: sorry my fellow followers yg sebelum ini, aku terpaksa block sebab aku malu.. hahahak!